History of UNIC
Sejarah UNIC bermula ketika anggota-anggota asalnya iaitu Fitri, Bazli, Wan Shah dan Apen yang menganggotai kumpulan Dzil Afnan , sebuah kumpulan nasyid tetap di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor sehingga kini di mana anggotanya bersilih ganti pada satu-satu masa. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu hits mereka pada kemunculan pertama mereka iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB).
Tetapi pada bulan September 2016, UNIC telah mengumumkan ahli terbaru kumpulan UNIC iaitu saudara Wan Najdi b. Wan Mohd Noh bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh saudara Ahmad Fadzli b. Abd Aziz. Beliau telah mengikuti aktiviti UNIC sejak pada awal tahun 2015 lagi seperti konsert amal dan lain-lain. UNIC mengumumkan ahli terbaru mereka melalui media sosial Instagram, Facebook dan Twitter UNIC. Kini, kumpulan ini sudah kembali bertiga iaitu :
- Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
- Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
- Wan Najdi bin Wan Mohd Noh (Najdi)
Pada April 2017, UNIC adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu pada minggu pertama.
Pada 21 Mei 2017, di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), UNIC telah mempersembahkan lagu pertama mereka iaitu Ainul Mardiah dan lagu kedua battle bersama SAUJANA mempersembahkan lagu Kalah Dalam Menang. Melalui persembahan akhir tersebut UNIC telah dinobatkan sebagai JUARA untuk Gema Gegar Vaganza 2017 dengan hadiah kemenangan sebanyak RM100 000 dan trofi. Semoga UNIC terus sukses!
Comments
Post a Comment